Saturday 24 November 2012

PERJUANGAN UTAMA UMAT MASA KINI

Bagi menjamin masa depan negara yang lebih baik, tumpuan harus dilakukan agar pemerintah melaksanakan sepenuhnya prinsip Hisbah didalam pentadbiran negara. Sebagai Umat Islam, tuntutan ini adalah kewajipan yang mesti kita penuhi. Selagimana prinsip ini tidak diaplikasikan, rasuah, penyelewengan, salahguna kuasa dan kepincangan kerajaan tidak akan dapat dihentikan. Ini sudah tentu merupakan suatu kemungkaran yang sangat besar.

Oleh yang demikian menjadi fardhu keatas kita untuk menjadikan perjuangan ini sebagai perjuangan utama. Keengganan atau kegagalan berbuat demikian dengan nyata adalah petanda kelalaian umat dan bukti kelemahan iman.

Didalam sebuah hadis yang masyhur,
Rasulullah s.a.w bersabda :

"Apabila kamu melihat kemungkaran maka
hendaklah kamu mencegah ia dengan tangan
(kuasa). Jika tidak mampu, dengan lisan,
Jika tidak mampu, dengan hati.
Dan itulah selemah-lemah iman."

Friday 16 November 2012

KESAN SIKAP BERSIH,CEKAP & AMANAH

Sedar atau tidak, kita tidak terkecuali menghadapi krisis peradaban yang sedang menimpa umat manusia sejagat. Kegagalan mengamalkan sikap bersih, cekap dan amanah itu menyebabkan masyarakat menghadapi pelbagai masaalah.Setiap ahli masyarakat dahagakan amalan bersih cekap dan amanah setiap pemimpin, tidak seperti dahulu, dewasa ini amalan penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan ditentang secara terang-terangan malahan ketahap menzahirkan kekerasan dalam berberapa siri demonstrasi jalanan dan seumpamanya.

Ya benar, tidak dinafikan bahawa rasuah adalah penyakit sosial yang ada dimana-mana sahaja, walaupun terdapat segelintir individu yang lantang mengistikhar kawasan dibawah pemerintahannya bebas rasuah, hakikatnya tidak ada mana-mana bangsa atau negara yang boleh mendakwa mereka bebas daripada rasuah, hanya kerana rasuah tetap ada, tidak bermakna kita harus terima gejala ini dan kita tidak perlu berusaha membenterasnya,

Setiap kejayaan mengurangkan rasuah pasti akan membawa kebaikan yang bertambah kepada masyarakat seterusnya negara. Walaupun pendapat umum mengatakan rasuah tidak mungkin dapat dihapuskan tetapi adalah tanggungjawab kita untuk terus berusaha menghapuskan gejala ini sepanjang masa.

Soal rasuah merupakan ancaman yang amat serius dalam Negara. Slogan BERSIH,CEKAP & AMANAH pernah mendapat perhatian masyarakat malahan ia menjadi slogan keramat yang mampu menarik keyakinan dan kepercayaan masyarakat kepada kepimpinan. Jika dihayati dan dipraktikkan sepenuhnya oleh kepimpinan sudah pasti rakyat akan terus memberi sokongan padu tanpa pengecualian.

Saturday 13 October 2012

Pemimpin pembangkang tak boleh satukan umat Islam

 
SHAH ALAM 29 Sept. - Ahli Dewan Negara, Senator Mohamad Ezam Mohd. Noor (gambar) menegaskan, pemimpin pembangkang hari ini tidak memiliki jiwa besar yang boleh membawa ke arah penyatuan dalam kalangan umat Islam di negara ini.
 
Sambil merujuk kepada Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau berkata, umat Islam di negara ini tidak seharusnya memberikan ruang kepada pemimpin tersebut menerajui negara kerana prinsip mereka dikatakan hanyalah untuk kepentingan diri serta mendapatkan kuasa semata-mata. 
 
Katanya, jika Nik Abdul Aziz dan Anwar mempunyai agenda untuk penyatuan ummah, mereka sudah tentu melaksanakan pelbagai usaha merealisasikannya."Mereka pemimpin yang berjiwa kecil dan tidak mempunyai matlamat yang besar ke arah menyatupadukan umat Islam di negara ini. "Mereka sepatutnya melihat kepada perkara yang lebih besar, bukannya soal kecil seperti kalah atau menang, ego, mahu berkuasa, tidak mahu tunduk dan dendam semata-mata, ini kerana semua itu hanya menyukarkan usaha menyatukan umat Islam," katanya.
 
Beliau berkata demikian ketika menjadi ahli panel dalam program Himpunan Ke arah Penyatuan Umat anjuran Ikatan Kebajikan dan Dakwah Selangor (IKDDAS), di sini hari ini.Program itu turut disertai Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Dr. Samsul Adabi Mamat.Jelasnya, pemimpin Pas hari ini berbeza dengan pemimpin terdahulu antaranya Allahyarham Tan Sri Dr. Asri Muda dan Allahyarham Datuk Fadzil Mohd. Noor yang dilihat mempunyai prinsip jelas membabitkan isu penyatuan umat Islam.
 
Sementara itu, Dr. Samsul Adabi berkata, Malaysia mempunyai pemimpin berjiwa besar yang berjaya menyatupadukan ummah dalam sejarah negara sejak mencapai kemerdekaan 55 tahun lalu. Namun katanya, situasi hari ini berubah apabila muncul ramai 'cerdik pandai' termasuk dalam bidang agama yang semakin mengelirukan umat Islam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...